Setelah sekian lama menunggu waktu sesuai untuk ke kebun seorang rakan kini menjadi kenyataan.Tarikh 17 Nov 2012 kami bertiga berpeluang meluangkan masa untuk sama-sama berusaha menjadikan pokok Gaharu di kebunnya yang tiada dipedulikan untuk dijadikan sasaran percubaan pertama bagi saya menyuntik pokok yang bersaiz besar.Pokok yang dipilih berhampiran dengan rumah tuan tanah.Tak berapa besar tapi boleh tahan.Ukurlilit 80cm dan tinggi 8 meter.
Bor manual yang dipakai tidak dapat digunakan memandangkan pokok yang berair di dalam batang memang sukar untuk di bor.Jika kayu kering mungkin dapat diguna.Kami terpaksa berpatah balik untuk mengambil bor elektrik.Lubang suntikan hanya dibuat sehingga 18 kaki.
Kalau diikut perkiraan memang terdapat kekurangan jumlah inokulin yang sepatutnya di suntik namun diteruskan juga kerana kurangnya tidaklah begitu banyak.Mudah-mudahan dapat juga pokok ini di sakitkan dan terhasil juga gaharu.Insyallah.
Nanti saya akan postkan jika kami akan membuat lubang-lubang ulat pad bulan ke2 atau ke 3.
No comments:
Post a Comment