Monday, November 26, 2012

Kebun Kecil-kecilan.

Penantian untuk melihat penduduk rumah walit agar menjadi semakin ramai memerlukan banyak kesabaran.Mungkin dalam masa 2 tahun lagi untuk menjadi matang (hampir penuh).Fikir punya fikir,baik di usahakan pokok gaharu bersebelahan rumah walit.Terbayang juga mungkin rumah walit hampir matang ,pokok gaharu juga boleh disuntik.Itu 3 tahun lagi.....Tak apa bermulalah sekarang....Sebenarnya dah mula.Pada 2 Nov 2012 saya mula menanam gaharu jenis malaccensis.Jeng..jeng...


Sebahagian saya bagi perlindung net untuk percubaan tentang mana yang lebih cepat membesar.



22 pokok dah saya tanam setakat ni.Mudah-mudahan akan dapat disuntik seawal 3 tahun (ukurlilit 11 inci - mengikut teori Biotech Inokulin ukurlilit lebih 10 inci sudah boleh disuntik) dan menunggu selama 1- 2 tahun untk hasilkan gaharu.Mungkin separuh saja yang akan disuntik selepas mencapai ukurlilit 11 inci dan yang selebihnya tunggu sampai 20 inci he..he...Pembajaan harus dibuat dengan rutin dan teratur.Mudah-mudahan kebun yang kecil ini akan memberi pulangan yang sangat berbaloi..Aammiiiiiiiin.

No comments:

Post a Comment