Friday, October 5, 2012

Potensi Gaharu ...Bukan Cerita Kosong.

KOMODITI ini terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.
Kayu gaharu - termasuk di dalam genus ‘Aquilaria’ adalah antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.

Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5,000 hingga RM60,000; Candan Gajah (RM180,000 hingga RM200,000) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula dianggarkan bernilai 10 kali ganda dari kayunya.

Di seluruh dunia, pokok gaharu yang dikenali sebagai Agarwood menjadi pilihan ramai berikutan kebolehannya mengeluarkan aroma menyenangkan dan menjadi kegemaran masyarakat di rantau Asia Barat.

Keistimewaan gaharu turut menyebabkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh enam tahun akan datang selepas mendapati hasil daripada penanaman pokok karas amat lumayan, sehingga mencecah RM800,000 untuk kawasan 0.4 hektar.
Buat masa ini, Malaysia adalah negara ketiga terbesar dunia sebagai pengeluar gaharu selepas India dan Indonesia, tetapi FRIM menjangka negara ini mampu menjadi pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh yang disasarkan itu.

Permintaan dunia terhadap produk gaharu yang berguna dalam penghasilan kosmetik dan perubatan pula kini dianggarkan 4.5 juta kilogram dengan nilai RM18.4 bilion setahun.

Walaupun produk daripada kayu gaharu mempunyai permintaan tinggi dari seluruh dunia, tidak banyak syarikat tempatan yang menyedari potensi tanaman itu untuk dikomersilkan secara menyeluruh

No comments:

Post a Comment