1) Anak Benih Pokok
Apakah saiz yang sesuai untuk ditanam? Secara umumnya, anak benih yang sesuai adalah antara 1.5 kaki hingga 3 kaki sahaja. Namun, ia hendaklah mengambil kira faktor-faktor lain yang akan memberikan kesan ke atas anak pokok yang kita bakal tanam tersebut.
2) Spesies Anak Benih
Apakah Spesies yang paling sesuai di Malaysia? Ramai di kalangan kita hari ini tertanya-tanya akan species apakah yang terbaik untuk ditanam.
Untuk makluman semua, hutan negara kita kaya dengan spesies tersendiri iaitu Aquilaria malaccensis. Ianya bertaburan dari semenanjung sehingga Sabah dan Sarawak kecuali Kedah dan Perlis. Banyak direkodkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah A. malaccensis. Selain itu empat spesies lain yang direkodkan di Malaysia adalah seperti A. hirta, A. beccariana, A. rostrata dan A. microcarpa.
Aquilaria hirta boleh ditemui sepanjang Pantai Timur, Terengganu, Pahang dan Johor sahaja. Ia merupakan pokok kecil dalam lingkungan 15m tinggi dan permukaan bawah daun berbulu.
Aquilaria beccariana pula boleh ditemui hanya di bahagian Selatan Johor sahaja dengan anggaran ketinggian sekitar 20 m sahaja.
Aquilaria rostrata merupakan spesies yang hidup dikawasan gunung. Rekod pertama ditemui di Pahang sahaja.
Aquilaria microcarpa boleh di temui di kawasan paya bakau dan Johor dengan anggaran ketinggian 36 m tinggi.
Persoalan kini, spesies manakah menjadi pilihan akan terjawab dengan sendirinya apabila kita mengetahui asal usul kita. Jadi tidak menjadi isu lagi dari segi pemilihan anak benih untuk masa-masa akan datang.
Untuk makluman juga, kebanyakan nurseri membekalkan kepada kita anak pokok Aquilaria subintgra dan Aquilara crassna kerana mereka mendapat bekalan anak pokok karas daripada Thailand.
3) Kemana hilangnya kayu karas di Malaysia?
Pelbagai persoalan telah timbul berkenaan kehilangan A. malaccensis di hutan negara kita. Ada yang menyatakan ia telah ditebang oleh orang tempatan dan orang asli. Ada yang dikatakan telah dicuri dan dibawah seludup ke negara jiran seperti Thailand, Kemboja, Vietnam sehingga ke Assam, India.
Namun, sejauh manakah ianya benar. Sekiranya ia benar, siapakah yang patut di pertanggungjawabkan. Apakah pihak berkuasa tempatan tidak mengetahuinya atau mereka juga terlibat bersama? Inilah masalah-masalah yang timbul sehingga kini.
4) Kemana hala tuju selepas tanam?
Persoalan ini timbul bagi semua penanam pokok karas secara kecilan mahupun mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri ini di Malaysia. Ke mana hendak dijual? Kepada siapa hendak di rujuk dan di jual? Siapa pembeli?
Kepada semua penanam karas usah kuatir kerana untuk makluman semua, kita sekarang kekurangan kayu minyak dan kayu gaharu untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Saya menerima kunjungan daripada pembeli-pembeli kayu minyak dari setiap pelosok negara yang bertanyakan kemana kayu karas dan gaharu negara kerana kehabisan stok kayu.
Jadi saranan saya kepada semua penanam kecil-kecilan mahupun persendirian, masalah pemasaran kayu karas bukan lagi menjadi satu isu untuk masa akan datang.
Kepada sesiapa yang mempunyai kayu karas dan gaharu tetapi tidak mempunyai pasaran, boleh menghubungi terus saya melalui e-mail atau web page ini.

Posted 30th April 2010 by Ismail, M
- Kepada pengusaha-pengusaha gaharu samada penanam, pengumpul kayu gaharu dan pemeroses minyak gaharu yang memerlukan anak benih, penanaman anak pokok, penuian kayu minyak, pasaran minyak dan sebagainya boleh berhubung terus dengan saya melalui e-mail: drabb59@yahoo.com 0r is_upm@yahoo.com.
Kami ada menyediakan khimat nasihat untuk penanaman sehingga menjual produk gaharu. Kami juga membeli produk berasaskan gaharu daripada penanam dan pengusaha gaharu di Malaysia.
Regards,
Ismail, M
True Leaf.
Admin Manager.
Fax: 6-03-8943 2514
Email: is_upm@yahoo.com
No comments:
Post a Comment