2009
KOTA KINABALU, 15 Feb (Bernama) -- Daerah Nabawan bakal menjadi estet penanaman gaharu atau "agarwood" terbesar di Sabah selepas Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) memeterai perjanjian dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) hari ini.
Perjanjian itu bagi membangunkan industri gaharu di Sabah dan penubuhan kilang menghasilkan produk damar atau resin bernilai tinggi di Nabawan.
Menurut kenyataan SLDB, perjanjian itu ditandatangani oleh pengurus besar SLDB Jhuvarri Majid dan Ketua Pengarah Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad.
Setakat ini, SLDB dengan sebuah rakan perkongsian telah menanam 20,000 pokok gaharu di kawasan Litang, Lahad Datu.
Daud berkata usahasama itu adalah pertama antara dua agensi itu dan Nuklear Malaysia dengan teknologi terkini boleh membantu memperkenalkan pokok gharau yang boleh matang dalam tempoh masa yang singkat dan menghasilkan lebih banyak resin.
"Kami akan terbabit dalam pembukaan ladang serta sektor hiliran industri gaharu dan rakan perkongsian strategik ini adalah baik kerana SLDB mempunyai tanah dan keupayaan mengusahakan ladang secara komersial," katanya.
Satu liter minyak gaharu, kata Daud, boleh mencapai harga antara RM30,000 hingga RM35,000 di pasaran terbuka dan mereka yang menanam pokok dan mengumpul damar boleh mendapat keuntungan.
Industri gaharu global bernilai RM3 bilion dan Malaysia merupakan negara pengeluar kedua terbesar di dunia.
Sementara itu, Jhuvarri berkata Sabah kerugian sejumlah besar nilai pokok gaharu liar kepada penguasaha haram dari luar negara yang membayar penduduk kampung mengumpul resin dan menyeludup keluar bahan itu untuk diproses dan dieksport.
"Katanya SLDB sanggup memainkan peranan sebagai agensi yang memberi lesen kepada semua pengumpul kayu gaharu dan mendapat kelulusan daripada agensi relevan supaya pengumpul bahan itu tidak melangar undang-undang.
"Penduduk kampung tidak faham bahawa mereka menyertai kegiatan haram mencuri kayu gaharu dan pada masa sama tidak tahu di mana untuk menjualnya.
"SLDB akan membeli apa juga yang mereka kumpul pada harga pasaran supaya mereka mendapat nilai yang tinggi dengan memproses resin di kilang kami sebelum kami menjual di pasaran antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Friday, October 5, 2012
Potensi Gaharu ...Bukan Cerita Kosong.
KOMODITI ini terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.
Kayu gaharu - termasuk di dalam genus ‘Aquilaria’ adalah antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.
Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5,000 hingga RM60,000; Candan Gajah (RM180,000 hingga RM200,000) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula dianggarkan bernilai 10 kali ganda dari kayunya.
Di seluruh dunia, pokok gaharu yang dikenali sebagai Agarwood menjadi pilihan ramai berikutan kebolehannya mengeluarkan aroma menyenangkan dan menjadi kegemaran masyarakat di rantau Asia Barat.
Keistimewaan gaharu turut menyebabkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh enam tahun akan datang selepas mendapati hasil daripada penanaman pokok karas amat lumayan, sehingga mencecah RM800,000 untuk kawasan 0.4 hektar.
Buat masa ini, Malaysia adalah negara ketiga terbesar dunia sebagai pengeluar gaharu selepas India dan Indonesia, tetapi FRIM menjangka negara ini mampu menjadi pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh yang disasarkan itu.
Permintaan dunia terhadap produk gaharu yang berguna dalam penghasilan kosmetik dan perubatan pula kini dianggarkan 4.5 juta kilogram dengan nilai RM18.4 bilion setahun.
Walaupun produk daripada kayu gaharu mempunyai permintaan tinggi dari seluruh dunia, tidak banyak syarikat tempatan yang menyedari potensi tanaman itu untuk dikomersilkan secara menyeluruh
Wednesday, October 3, 2012
Permasalahan Gaharu.
Post ini saya dari penganjur seminar Gaharu Kebangsaan.
Tel: 6-03-8946 7181
Fax: 6-03-8943 2514
Email: is_upm@yahoo.com
1) Anak Benih Pokok
Apakah saiz yang sesuai untuk ditanam? Secara umumnya, anak benih yang sesuai adalah antara 1.5 kaki hingga 3 kaki sahaja. Namun, ia hendaklah mengambil kira faktor-faktor lain yang akan memberikan kesan ke atas anak pokok yang kita bakal tanam tersebut.
2) Spesies Anak Benih
Apakah Spesies yang paling sesuai di Malaysia? Ramai di kalangan kita hari ini tertanya-tanya akan species apakah yang terbaik untuk ditanam.
Untuk makluman semua, hutan negara kita kaya dengan spesies tersendiri iaitu Aquilaria malaccensis. Ianya bertaburan dari semenanjung sehingga Sabah dan Sarawak kecuali Kedah dan Perlis. Banyak direkodkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah A. malaccensis. Selain itu empat spesies lain yang direkodkan di Malaysia adalah seperti A. hirta, A. beccariana, A. rostrata dan A. microcarpa.
Aquilaria hirta boleh ditemui sepanjang Pantai Timur, Terengganu, Pahang dan Johor sahaja. Ia merupakan pokok kecil dalam lingkungan 15m tinggi dan permukaan bawah daun berbulu.
Aquilaria beccariana pula boleh ditemui hanya di bahagian Selatan Johor sahaja dengan anggaran ketinggian sekitar 20 m sahaja.
Aquilaria rostrata merupakan spesies yang hidup dikawasan gunung. Rekod pertama ditemui di Pahang sahaja.
Aquilaria microcarpa boleh di temui di kawasan paya bakau dan Johor dengan anggaran ketinggian 36 m tinggi.
Persoalan kini, spesies manakah menjadi pilihan akan terjawab dengan sendirinya apabila kita mengetahui asal usul kita. Jadi tidak menjadi isu lagi dari segi pemilihan anak benih untuk masa-masa akan datang.
Untuk makluman juga, kebanyakan nurseri membekalkan kepada kita anak pokok Aquilaria subintgra dan Aquilara crassna kerana mereka mendapat bekalan anak pokok karas daripada Thailand.
3) Kemana hilangnya kayu karas di Malaysia?
Pelbagai persoalan telah timbul berkenaan kehilangan A. malaccensis di hutan negara kita. Ada yang menyatakan ia telah ditebang oleh orang tempatan dan orang asli. Ada yang dikatakan telah dicuri dan dibawah seludup ke negara jiran seperti Thailand, Kemboja, Vietnam sehingga ke Assam, India.
Namun, sejauh manakah ianya benar. Sekiranya ia benar, siapakah yang patut di pertanggungjawabkan. Apakah pihak berkuasa tempatan tidak mengetahuinya atau mereka juga terlibat bersama? Inilah masalah-masalah yang timbul sehingga kini.
4) Kemana hala tuju selepas tanam?
Persoalan ini timbul bagi semua penanam pokok karas secara kecilan mahupun mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri ini di Malaysia. Ke mana hendak dijual? Kepada siapa hendak di rujuk dan di jual? Siapa pembeli?
Kepada semua penanam karas usah kuatir kerana untuk makluman semua, kita sekarang kekurangan kayu minyak dan kayu gaharu untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Saya menerima kunjungan daripada pembeli-pembeli kayu minyak dari setiap pelosok negara yang bertanyakan kemana kayu karas dan gaharu negara kerana kehabisan stok kayu.
Jadi saranan saya kepada semua penanam kecil-kecilan mahupun persendirian, masalah pemasaran kayu karas bukan lagi menjadi satu isu untuk masa akan datang.
Kepada sesiapa yang mempunyai kayu karas dan gaharu tetapi tidak mempunyai pasaran, boleh menghubungi terus saya melalui e-mail atau web page ini.

Posted 30th April 2010 by Ismail, M
- Kepada pengusaha-pengusaha gaharu samada penanam, pengumpul kayu gaharu dan pemeroses minyak gaharu yang memerlukan anak benih, penanaman anak pokok, penuian kayu minyak, pasaran minyak dan sebagainya boleh berhubung terus dengan saya melalui e-mail: drabb59@yahoo.com 0r is_upm@yahoo.com.
Kami ada menyediakan khimat nasihat untuk penanaman sehingga menjual produk gaharu. Kami juga membeli produk berasaskan gaharu daripada penanam dan pengusaha gaharu di Malaysia.
Regards,
Ismail, M
True Leaf.
Admin Manager.
Fax: 6-03-8943 2514
Email: is_upm@yahoo.com
Tuesday, October 2, 2012
Gred Gaharu
Gred Gaharu diukur berdasarkan ketebalan dan kewangian damar yang terjadi.Walaubagaimanapun ia bergantung kepada pernilaian pembeli.
1.Gred Super
1.Gred Super
2.Gred A
3.Gred B
4.Gred C
Gred Kayu untuk menghasilkan Minyak Gaharu.
Sarang Semut RM800 sekilo
Kayu Hancur RM500 Sekilo.
Kayu Kuning RM300 Sekilo
Harga Teras Gaharu bagi Sekilo
Gred Super RM25,000 - 45,000
Gred A RM15,000 - 25,000
Gred B RM12,000 - 18,000
Gred C RM6,000
Anggaran harga tersebut adalah harga pasaran global.
Bagi pembeli yang datang ke negara kita,mereka mempunyai harga berdasarkan harga pernilaian mereka sendiri.Harga yang ditawarkan mereka juga tinggi.Jika melalui orang tengah,harganya boleh turun jauh ke bawah.Adalah penting jika kita dapat berhubung terus dengan pembeli sebenar.Jadi rajin-rajinlah berkenalan dengan pengiat gaharu yang mungkin sudah ada pembeli mereka sendiri.Mungkin kita boleh menumpang 'mandi' di pasaran mereka.
Ini saya tujukan bagi pengusaha-pengusaha gaharu secara kecil-kecilan.Anda tidak tahu di mana nak menjualnya kerana di tempat anda tiada persatuan atau pembeli.
Jadi luaskan pemandangan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)