Tuesday, August 5, 2014

<a href="http://www.ashadee.net/go/10355/hook3?b=1605"><img src="http://www.ashadee.com/banners/banner_0010355_rhizoplus_1.gif?b=1605" /></a>

Saturday, April 6, 2013

Tambah lagi.

Dua minggu lalu saya tukar semula suara luar.Sebelum tu saya nak cuba Marvelous Cloud +Black Cloud dan suara dalam SBK selama 2 bulan.Tapi perkembangan tak begitu ketara.Jadi sya tukar semula Ke Super AAA dan suara dalam modified sendiri (guna Sony Vegas Pro).

Hasilnya memang memberansangkan.Baru 2 minggu sudah 2 sarang mula dibina.
                                     Yang Patah tumbuh hilang berganti kini anak sudah mau terbang...


                                     Sarang Baru sudah siap -mungkin ada telor sudah..
                                          Mungkina ada telur sudah.

                                         Yang kiri ..terbengkalai...yang kanan.....20%

                                                         Yang ini baru 5%

Suhu musim kemarau sekarang Max 33 Celcius.Ini sungguh panass....tapi walit mau juga bikin sarang.Sorry lupa tadi mau gambar termometer.

Mungkin akan ditambah lagi sarang palsu polisterin sebab semua sarang baru dibuat atas polisterin.Hari ini hujan lebat (6/4/13).Banyak walit masuk rehat dalam RBW.

Thursday, March 7, 2013

3 Bulan selepas inokulasi

Pada 24 Feb lepas kami melawat semula pokok gaharu yang telah disuntik pada bulan Nov lalu.Alhamdulillah,Takik pertama yang dibuat menampakan kelabu gelap dan takik yang kedua lebih hitam.Bau wangi gaharu melekat di kapak yang digunakan.

Tak sampai seinci ditakik sudah menampakkan terasnya.Bila dibakar bau harum gaharu menusuk hidung...memang berbaloi..

Lepas ni kami tunggu 9 bulan lagi untuk tengok perkembangannya.

Tuesday, January 29, 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti.

Yang hilang pasti ada pengganti.Sudah kelihatan tanda sarang walit akan dibina berhampiran sarang lama yang telah dituai.Siapa penggantinya nda tau..samada si ibu atau si anak.Yang penting pembinaan akan diteruskan.

                                                     Sarang mula dibina di atas polystrene.


                                       Progress sarang pada 12/02/2013 mungkin sudah siap ni..
Keadaan kemarau sekarang menjadikan keadaan dalam RBW kering sedikit.Jadi saya tambahkan kelembapan dengan membasahkan lantai sebasah mungkin.Ternyata selepas lantai basah memang terasa udara menjadi lembab sedikit.Bau-bau dari lantai semerbak naik ke atas.Diharapkan kelembapan akan berterusan sehingga 2 minggu dan saya akan basahkan lagi selepas itu.

Friday, December 21, 2012

Anak Walit Dewasa,Sudah Siap.Dalam Pembinaan.

Hari ini baru sedar rupanya water pump dan exhaust fan di off kan suisnya.Suhu max 32.3c.Aduh sungguh panas.Walaubagaimanapun walit tetap/masih disitu.

Yang masih dalam pembinaan rancak dibangunkan.Yang sudah siap sudah ada telurnya.



                                        Banyak juga bulu yang telekat pada sarang tu...



                                         Nda lama mau terbang sudah ni...Warga Baru..

Harap-harap bertambah lagi walit di rumah ini.Amiiiin.

Sunday, December 2, 2012

Tambah Lagi.

Alhamdullilah,tanda-tanda burung membuat sarang mula kelihatan.Mungkin bukan satu tapi mungkin ada tambahan lagi satu.Pada hari ini 2 Dec burung sedang berusaha membuat mereka.


Walaubagaimanapun ada sepasang lagi sedang bergayut di sebelah tanda sarang baru tadi.Mungkinkah ini pasanga lain yang akan membuat sarang bersebelahan sarang baru tadi atau mungkin inilah pasangan yang mengerjakan sarang baru tadi tapi mereka berganjak setelah melihat saya berada di dalam rumah tersebut.



Nanti saya akan tunggu keputusannya 2 atau 3 minggu lagi.

Monday, November 26, 2012

Kebun Kecil-kecilan.

Penantian untuk melihat penduduk rumah walit agar menjadi semakin ramai memerlukan banyak kesabaran.Mungkin dalam masa 2 tahun lagi untuk menjadi matang (hampir penuh).Fikir punya fikir,baik di usahakan pokok gaharu bersebelahan rumah walit.Terbayang juga mungkin rumah walit hampir matang ,pokok gaharu juga boleh disuntik.Itu 3 tahun lagi.....Tak apa bermulalah sekarang....Sebenarnya dah mula.Pada 2 Nov 2012 saya mula menanam gaharu jenis malaccensis.Jeng..jeng...


Sebahagian saya bagi perlindung net untuk percubaan tentang mana yang lebih cepat membesar.



22 pokok dah saya tanam setakat ni.Mudah-mudahan akan dapat disuntik seawal 3 tahun (ukurlilit 11 inci - mengikut teori Biotech Inokulin ukurlilit lebih 10 inci sudah boleh disuntik) dan menunggu selama 1- 2 tahun untk hasilkan gaharu.Mungkin separuh saja yang akan disuntik selepas mencapai ukurlilit 11 inci dan yang selebihnya tunggu sampai 20 inci he..he...Pembajaan harus dibuat dengan rutin dan teratur.Mudah-mudahan kebun yang kecil ini akan memberi pulangan yang sangat berbaloi..Aammiiiiiiiin.