Saturday, April 6, 2013

Tambah lagi.

Dua minggu lalu saya tukar semula suara luar.Sebelum tu saya nak cuba Marvelous Cloud +Black Cloud dan suara dalam SBK selama 2 bulan.Tapi perkembangan tak begitu ketara.Jadi sya tukar semula Ke Super AAA dan suara dalam modified sendiri (guna Sony Vegas Pro).

Hasilnya memang memberansangkan.Baru 2 minggu sudah 2 sarang mula dibina.
                                     Yang Patah tumbuh hilang berganti kini anak sudah mau terbang...


                                     Sarang Baru sudah siap -mungkin ada telor sudah..
                                          Mungkina ada telur sudah.

                                         Yang kiri ..terbengkalai...yang kanan.....20%

                                                         Yang ini baru 5%

Suhu musim kemarau sekarang Max 33 Celcius.Ini sungguh panass....tapi walit mau juga bikin sarang.Sorry lupa tadi mau gambar termometer.

Mungkin akan ditambah lagi sarang palsu polisterin sebab semua sarang baru dibuat atas polisterin.Hari ini hujan lebat (6/4/13).Banyak walit masuk rehat dalam RBW.

Thursday, March 7, 2013

3 Bulan selepas inokulasi

Pada 24 Feb lepas kami melawat semula pokok gaharu yang telah disuntik pada bulan Nov lalu.Alhamdulillah,Takik pertama yang dibuat menampakan kelabu gelap dan takik yang kedua lebih hitam.Bau wangi gaharu melekat di kapak yang digunakan.

Tak sampai seinci ditakik sudah menampakkan terasnya.Bila dibakar bau harum gaharu menusuk hidung...memang berbaloi..

Lepas ni kami tunggu 9 bulan lagi untuk tengok perkembangannya.

Tuesday, January 29, 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti.

Yang hilang pasti ada pengganti.Sudah kelihatan tanda sarang walit akan dibina berhampiran sarang lama yang telah dituai.Siapa penggantinya nda tau..samada si ibu atau si anak.Yang penting pembinaan akan diteruskan.

                                                     Sarang mula dibina di atas polystrene.


                                       Progress sarang pada 12/02/2013 mungkin sudah siap ni..
Keadaan kemarau sekarang menjadikan keadaan dalam RBW kering sedikit.Jadi saya tambahkan kelembapan dengan membasahkan lantai sebasah mungkin.Ternyata selepas lantai basah memang terasa udara menjadi lembab sedikit.Bau-bau dari lantai semerbak naik ke atas.Diharapkan kelembapan akan berterusan sehingga 2 minggu dan saya akan basahkan lagi selepas itu.